Tuesday, August 26, 2014

Tepung goreng pisang rangup

Rasanya semua orang pandai goreng pisang, keledek, sukun, keladi dan macam2 lagi....tapi kekadang tepung yang salutnya tu lembik bila sejuk atau liat la........
cer cuba adunan ni dan rasa hasilnya....jangan was2 nak gunakan tepung pulut tu yer..

1 1/2  cawan tepung beras
1 cawan tepung pulut
1 cawan air (jgn tuang sekali gus - tuang separuh2 utk ejas kepekatannya yer)
1 biji telur
garam secukup rasa
serbuk kunyit (opt)

Adunan sebati semua bahan di atas.

sumber rujukan: norhayati omar

Kalau rasa2 nak kelainan dan suka buat benda2 yg susah try resepi di bawah ni....hasilnya pun mabeles

RESEPI GORENG PISANG RANGUP

Bahan-bahan

4 cawan Tepung Beras
1 cawan Tepung gandum
1/2 kotak kecil Santan ( tidak kisah brand apa pun- kara, ayam brand, harmuni )
1 sudu Serbuk Penaik
1/2 sudu Kapur (optional)
1 sudu Serbuk Kunyit (optional)
1 biji telur
4 sudu besar Mentega / Marjerin ( dicairkan )
Garam secukup rasa
Air secukupnya
500ml Minyak Masak
1 cawan Shortening

Pisang

Cara-caranya

1.Anda perlu cairkan dahulu mentega / marjerin-apabila telah cair biarkan ia sejuk
( pastikan jangan sampai hangit)
2.Masukkan kesemua bahan-bahan termasuk telur dan air,pastikan kacau hingga sebati dan air gunakanlah secukupnya .
( Jika batter agak cair- masukkan sedikit lagi tepung beras, kita inginkan batter yang pekat-pastikan pekat tau macam..
mmm macam...santan dalam kotak tu )
3.Masa ni lah anda perlu memasukkan mentega/ marjerin yang telah cair itu ke dalam batter .kacau sebati..dan siap untuk digunakan.
(anda boleh menggunakan resepi ini untuk menggoreng pisang atau menggoreng roti sardine... selamat mencuba yea... peace)
4.pastikan minyak goreng dipanaskan terlebih dahulu, dan campurkan lelmak sayuran (shortening) tujuan penggunaannya adalah untuk mengcrispykan lagi pisang goreng kita ni..
Chef ni orang johor..jadi mesti nak sambal kicap...heee, pisang goreng cicah dengan sambal kicap.. perrrggg... petang-petang memang syok layan ni 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...