Ayam varuval -
Resepi perkongsian arwah mamak haji yang katanya berasal dari Tamil Nadu,
India. Berusaha hakak mempelbagaikan masakan kat rumah ni. Punya banyak resepi
yang hakak save untuk dicuba. Semuanya untuk family hakak la. Supaya tak jemu
diorg menjamah makanan home cooked ni.
Hari ni
terbekenan pulak dengan resepi ayam varuval ni. Hakak gukan dengan sup sayur
memandangkan masakan ni jenis kering. Masakan ni tak memerlukan ayam digoreng
terlebih dahulu jadi mudah la sikit nak sediakan. Sumber rujukan hakak refer
chicken varuval ni sebagai dry version of chicken curry. Dah takde
santan/tairu/yogurt diletakkan.
Ayam varuval
(varuval meaning - fry" or "roasted)
Bahan-Bahan
yang diperlukan:
1 kg ayam dalam
1/2 ekor - potong dalam 10 bahagian.
(Mamak hj guna isi ayam tanpa kulit - hakak guna whole part)
Bahan untuk
perapan isi ayam:
2 atau 3 sudu
besar rempah kari ayam.
2 sudu besar
jus limau nipis.
1 sudu besar
pes halia + bawang putih.
garam
secukup rasa.
1 sudu kecil
garam masala (sejenis rempah - ada dijual di pasaraya atau kedai2 runcit)
Gaul rata semua bahan dengan ayam dan perap
sekurang-kurangnya 30 minit. Ketepikan. Sementara itu sediakan…
Bahan-bahan
untuk menumis:
4 sudu besar
minyak masak.
1 biji bawang
labu merah dihiris halus.
1 sudu besar
pes halia bawang putih.
4 tangkai cili
kering dipotong dua.
2 kpg. kulit
kayu manis.
2 kuntum bunga
lawang.
3 kuntum
cengkih.
4 biji buah
pelaga.
15 helai daun
kari.
1/2 sudu kecil
biji jintan putih.
1 sudu kecil
serbuk cili – boleh ubahsuai kuantiti ikut citarasa.
CARA-CARA
MENYEDIAKAN:
1. Panaskan
kuali dan masukkan 4 sudu besar minyak masak dengan api dapur sederhana.
2. Masukkan
hirisan bawang, goreng sehingga warna bawang bertukar kepada kuning keemasan,
masukkan pes halia bawang putih. Goreng hingga naik bau, seterusnya masukkan
cili kering, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, biji jintan
putih dan akhir sekali masukkan daun kari dan juga serbuk cili. Tumis hingga
sebati, jangan sampai hangus pulak.
3. Masukkan
ayam yang telah diperap ke dalam bahan tumisan tadi. Kacau hingga sebati. Kecilkan api dapur supaya rempah tidak hangus
dan biarkan air dari ayam keluar. Tutup
dengan penutup kuali untuk air dari isi ayam dapat dikeluarkan. Kalau isi ayam
saja anda masak memadai selama 10-15 minit isi ayam itu akan masak.
Tetapi kalau
menggunakan ayam bersama tulang masak lebih kurang 30 minit. Dalam proses masak
ini anda perlu kacau selalu setiap 5 minit supaya tidak berkerak. Dalam proses
ini sekiranya masakan terlalu kering tambahkan sedikit air supaya ayam boleh
masak sempurna.
4. Selepas ayam
anda telah masak, buka tudung dan masak lagi 10 minit untuk proses memekat.
Sekiranya minyak telah terhasil di sekeliling masakkan anda maknanya “varuval”
anda telah sempurna. Tutup api dapur dan hidangkan dengan hirisan daun ketumbar
jika anda suka.


No comments:
Post a Comment