Friday, April 25, 2014

Serawa kuini

Minuman kegemaran zaman kecil...

Buih kuini segar.....beli kat pasar pagi jalan paip...rezeki pagi jumaat....sekg rm5...susah nak dapat buah yg betul2 elok macam pokok kitrg kat kampung dulu...

Masa tu, bila angin kuat, buah yang dah cukup matang dan masak akan jatuh.  Memang manis dan tak bersabut. Kalau bagi kat jiran2 Allahyarham abah mesti tinggalkan pesan supaya buah tu jangan dibuat sambal....sbb ikutkan kepercayaan org dulu2 spesis buah mempelam nih kalau dibuat sambal akan busuk dan berulat. Jadi untuk jaga kualiti buah tu memang ktrg tak pernah guna untuk dibuat sambal....lagipun rugi buah yang sedap, manis dan terbaik tu dijadikan sambal pulak....

Jom kita tengok cara nak buat serawa ni.
Kupas dan hiris
bahan lain
Santan kelapa secukupnya(perah kelapa parut dengan air masak)
gula
secubit garam
kiub ais

Campur santan, gula dan garam. Kacau hingga gula hancur.
masukkan kuini hiris dan kiub ais.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...