Monday, March 16, 2015

Roti tawar

Saya gunakan resepi asas doh roti manis dah kurangkan gula sebyak 60 gm untuk roti tawar nih. Cadangnya nak dijadikan sarapan esok pagi....mkn dengan Shakshouka (arabic egg dish)....

Roti tawar

Bahan2nya

500 gm tepung roti/gandum
15 gm yis
5 gm improver/softener
15 susu tepung
5 gm garam
110 gm gula
80 mentega
1 biji /70 gm telur (telur gred AA)
225 gm air sejuk (kali ni saya guna air ais)

Satukan semua bahan (pastikan yis tidak diletak berdekatan dengan garam) kecuali mentega dan uli sebati. Masukkan mentega dan uli hingga tidak lekat di tangan dan besen serta elastik.

Sapukan minyak dan perap selama sejam atau doh naik 2 kali ganda. Tumbuk doh dan uli sebentar. Sapu tangan dengan minyak dan bahagikan doh ikut citarasa. 

Bulatkan doh dan susun dalam loyang yg di sapu sedikit mentega. Biar doh naik seganda dan sapu susu segar/air ke atas doh. Tabur gula atau keju parut. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 °C selama 20 - 30 minit atau hingga perang.

Kalau guna BM ikut arahan dalam manual doh asas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...