Sunday, March 15, 2015

Chicken shawarma with homemade bread


Aritu marinate ayam shawarma ni tak masak habis.....petang ni masak bakinya untuk makan dengan roti oblong homemade. Resepi shawarma di link ini

Roti oblong

500 gm tepung roti
200 gm yogurt
120 gm air suam + susu pekat
1 biji telur
5 gm garam
60 gm mentega
11 gm yis
1 sk baking powder

kalau guna BM ikut aturan di dalam manual. Kalau uli tangan satukan semua bahan uli hingga tak lekat di tangan dan besen. Lumurkan doh dengan minyak. Perap selama sejam atau doh naik 2 x ganda.

Tumbuk doh dan uli sebentar. Bentukkan doh membujur dan susun atas loyang. Saiz ikut citarasa. Biarkan naik sekali ganda. Bakar pada suhu 180°Celsius selama 20 - 30 minit hingga keperangan.  Hidangkan panas bersama shawarma dan coselaw. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...