Friday, March 6, 2015

Roti kukus

Tadi ada member share video camna nak buat roti bunga. Cantik jer kejadian bentuk ros roti tu. Sebelum ni pun ramai yg buat pau pelangi bentuk ros nih....dok berangan jer bila nak try.......

Balik opis tadi lambat skit....request kat hubby singgah kedai beli telur...terus la beli tepung pau untuk buat roti nih...resepi saya cnp dari blog makcikmanggis. Resepi roti bunga yang dalam video tu saya share kat bawah tapi terbaca komen roti ni bila sejuk dia agak keras skit tak jadi la nak ikut resepi tu....saya guna resepi roti kukus kat tapi buat bentuk bunga...

Kalau tak rajin nak membungakannya boleh jer buat bulat2 masukkan dalam loyang dan kukus macam buat roti bun biasa tu....rasanya sama jer....hehehe...


Roti kukus

Bahan-bahannya:

3 cawan tepung pau.
5 tbsp gula kaster.
1 1/2 tsp yis segera.
2 tsp baking powder.
Secubit garam.
1 1/3 cawan susu segar.
1 tbsp minyak jagung (guna minyak masak jer)

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali susu segar. Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil uli perlahan-lahan. Uli hingga sebati dan elastik dohnya. Perap selama 1 jam. Kemudian uli buang angin dan .bentukkan bulat bulat.atur dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak. Biarkan doh kembang hingga dua kali ganda saiz asal. Panaskan air untuk kukusan. Kukus sehingga masak.Sedap dimakan dengan kari ayam atau sardin atau pun disapu dengan kaya.

Roti bunga

2 1/3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1 st yis
4 sb gula
Pewarna makanan

Bancuh gula dan yis dengan air suam. Masukkan pewarna dan kacau rata. Masukkan tepung dan uli sempurna hingga jadi doh yg licin dan elastik. Lepas tu bentukkan macam bunga ros dan kukus.


Cara nak bentuk lebih kurang macam kat bawah ni....cuma saya tak letak inti...dan saya gulung dulu baru potong dan kelepetkan skit kelopaknya...

"Gambar ihsan jalilah jj"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...