Tuesday, March 17, 2015

Muffin telur dan omelette

Hari tu ada member share resepi egg muffin dari sumber fb Kerja Dari Rumah. Macam senang dan sedap jer....sesuai la untuk orang yang tengah berdiet....

Lebih adunan tu saya goreng jer dalam pan maka jadilah omelette.....yg ni saya ngap dulu sementara tunggu muffin masak.....tak sabo nsk makan...lapo dah aihhhhh....

RESEPI: EGG MUFFIN

Bahan-Bahan :

6 - 8 biji telur bergantung saiz
Sedikit (dlm 1 -2 sb jer cukup) (saya tambah air je sbb susu dah habis) – ni untuk bagi telur tu gebu.
Cendawan – cincang ( saya guna Buna shimeji mushroom dan Enorki mushroom)

2 biji tomato cincang

1/4 bawang besar – cincang
Sebiji cili masak – cincang halus (saya guna capsicum)
Garam dan lada hitam secukup rasa
Cheese – saya guna shredded mozarella.

Cara-cara:

Panaskan oven (180-200C)
Sapu minyak pada muffin tin
Pukul telur, susu, garam dan pepper sampai kembang sket.
Tambah sayur-sayur lain.
Tabur cheese.
Curah dalam bekas muffin

Bakar 20-25mins.

Kalau nak sedap, boleh juga tambah sosej dipotong dadu, capsicum, daun bawang, carrot, peas. Apa-apa lah yang tergerak nak letak. Ikut citarasa.

Lepas 10 minit bakar, saya kuarkan tray dan tabur lagi cheese......ermmmm dap weh...

Adunannya melimpah la pulok sebab tuang penuh sangat....lepas tu baking tray tu pulok melekat skit walau pun dah gris ngan mentega.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...