Saturday, March 14, 2015

Nasi briyani ayam masakan encik hubby


Kali ni tak buat dalca....untuk makan srndiri

Lauk briani ayam

2 ekor ayam dipotong 8 @ 10
*4 sb rempah briani
*4 biji bawang besar
*1 labu bawang putih
*3 inci halia
*10 biji tomato
*4 biji cili hijau/cili api pun boleh
3 pokok daun ketumbar
3 pokok daun sup
3 pokok daun bawang
Secekak daun pudina
2 batang chinese leek
2 batang karot
3 sb kismis
6 sb madu
2 ketul (sebesar ibu jari) gula batu
1/2 keping gula melaka
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
10 biji bunga cengkih
4 sb sos tiram
4 sb sos cili
4 sb minyak sapi (QBB paling best)
250 gm bawang goreng
Garam secukup rasa

Kisar bahan *. Gaul daging/kambing dengan semua bahan2 di atas sehingga sebati. Masakkan di atas api sederhana sehingga daging empuk dan kuah agak pekat.

***kacau sekali sekala supaya tak hangit.

Untuk nasi

8 cawan Brasmati direndam selama 20 - 30 minit dan toskan hingga kering
2 pokok daun ketumbar
250 gm daun pudina
4 helai daun pandan
4 biji bawang Besar - kisar
20 ulas bawang merah dihiris dan digoreng
2 labu Bawang Putih - kisar
2 inci Halia
1 sb Ibu Briani
3 kuntum Bunga lawang
2 btg Kulit Kayu Manis
8 biji Buah Pelaga
1/2 cwn minyak masak
1 cwn Minyak sapi QBB
1 tin Susu Cair + air = 10 cawan kalau guna beras pusa
Garam secukup rasa
Gajus dan kismis
Sedikit Pewarna Merah dan Kuning
___
Tumis semua bahan yang dikisar bersama daun pandan dan rempah tumis.
Masukkan ibu briani.
Masukkan masukkan air. Masak hingga mendidih.
Masukkan susu dan garam. Biarkan mendidih.
Masukkan beras, jgn kacau sehingga kering.
Masukkan daun-daun, gajus, kismis dan bawang goreng.
Kacau sekejap dan biarkan nasi tanak.
Titiskan pewarna dan biarkan selama lima minit dan kacau. Jangan lupa tutup api.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...