Saturday, March 7, 2015

Donut kentang dengan salted caramel

Jenuh memikir nak masak apa untuk sarapan dan bekal anak2 hari ahad. Akhirnya terjebak dengan resepi dari blog mat gebu nih......sebelum ni saya biasa gak buat donut kentang...tapi takde sukatan...main lebur jer....hehehe....yg buat tertarik nak guna resepi ni sbb ada salted caramel tu....cuma saya buat tak ikut sukatan dalam resepi kat bawah dan guna susu cair jer....

BAHAN-BAHAN DONAT KENTANG :-)

2 biji kentang (kurang lebih 200 gram sebelum dikupas kulit)
3 cawan tepung gandum
3 camca besar gula halus
2 camca besar penuh susu tepung
1/2 camca teh garam
2 camca besar lemak sayur (shortening)
1 camca besar minyak masak
2 camca teh instant yeast
200 ml air rebusan kentang, pastikan ia suam (kurang lebih)
Gula aising atau gula kastor untuk salut donut

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH DONAT KENTANG :- 

Kupas dan rebus kentang hingga empuk, toskan dan lecek halus, biar sejuk. Air rebusan kentang diambil sebanyak 200 ml (kurang lebih dan pastikan ia suam semasa digunakan nanti, kalau sejuk, panaskan sekejap). Ketepikan.Dalam mixer, masukkan semua bahan untuk donat kentang kecuali air dan gula untuk menyalut donat. Pasangkan alat pengadun untuk doh (hook), dan putar pada kelajuan sederhana hingga semua bahan bergaul rata. Tuang air rebusan kentang tadi sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh. Bungkus mangkak adunan dengan plastik bersih dan perap 1 jam hingga doh kembang... (Sementara menunggu doh naik kita bikin salted caramel pulak..)

Selepas sejam keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tabur sedikit tepung pada meja kerja. Canai doh setebal 1/2 inci (kurang lebih). Kemudian terap dengan acuan donat atau anda boleh bentukkan seperti kuih keria. Susun dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap dan biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).Panaskan minyak untuk goreng terendam, pastikan minyak sederhana panas. Goreng donat tadi hingga kuning keemasan pada semua bahagian, balik2kan sentiasa. Angkat dan toskan, buat hingga siap. Salut dengan sedikit gula kastor atau gula aising.

BAHAN-BAHAN SALTED CARAMEL :-)

200 gram gula pasir
6 camca besar mentega
200 ml whipping cream
1/2 camca teh garam

UNTUK SALTED CARAMEL :- 

Masukkan gula pasir dalam periuk, panaskan dengan api sederhana hingga gula cair, kacau rata dan masak dengan api kecil sehingga gula perang, pastikan jangan sampai hangus, nanti pahit. Masukkan mentega, dan kacau rata hingga mentega cair.

Berhati2 masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil dikacau rata (guna sudip bertangkai panjang untuk keselamatan). Masak 1 minit dengan api kecil sambil dikacau sentiasa. Matikan api dan masukkan garam. Kacau rata dan biar sejuk sebelum digunakan (bila sejuk ia akan bertambah pekat).

Drizzle donat dengan salted caramel sebelum dihidangkan.....Selamat mencuba!!.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...