Wednesday, March 18, 2015

Khasiat halia

Dua tiga menjak ni perut saya rasa tak selesa dan membuncit macam org ngandung jer tapi kat abdomen belah atas....dr bagi ubat gastrik dan ubat kembung dan suruh makan sekurang2nya 5 kali sehari.....Tu yang susahnya....bab makan ubat tu ok lagi tapi bab mkn waktu yang tetap sampai 5 kali tu jerih teman nak ikut........ Saya makan tak tentu masa....kalau time sibuk memasak lagi la....kekadang tak makan langsung....boleh gitu....tapi gitu ler...

Bila dah makan ubat dua tiga hari macam ok....bila stop ubat dia jadi balik dan saya ni pulak jenis yang tak suka sgt nak makan ubat2 hospital lama2....

Dok sembang2 kat group whapp keluar la cerita masalah perut kembung dan gastrik bebagai. Ada sorang member nama ell ni suggest minum air pati halia....dan yg terbaik....pati halia tu buat sendiri....nak lagi baik, halia tu pun ble tanam sendiri....hehehe.

Jadi balik opis minta la encik hubby tolong kupaskan halia....maka selepas itu saya pun kisar dengan air masak dan tapis untuk dapatkan patinya. Masuk dalam bekas...simpan peti ais....minum 2 kali......pagi sekali dan malam sekali....2 sb pati halia + 1/2 gelas air suam + madu....kacau guna plastik yer supaya khasiat madu tak terjejas...

Kulit halia saya tabur kat pokok jadi baja... hampasnya pulok saya nak buat pes halia guna dalam masakan..... jadi semua bahagian tak dibuang...jimat dan berkhasiat lagi....

Bila dah buat ni terrajin pulak la nsk mengoogle untuk dapat maklumat lebih tentang halia.....banyak yg menulis tentang khasiat halia dan saya pun pilih la maklumat di bawah ni untuk share dalam blog saya nih pulok...

Sumber maklumat ni saya cnp dari http://tipsihatselalu.blogspot.com/2013/04/10-kelebihan-halia-yang-mungkin-kita.html?m=1

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 

Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan.

Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.

3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.

Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4. Pencegahan Demam dan Selesema. 

Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari

5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.

Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen

6. Mencegah Barah Usus. 

Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ Usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan. 

Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa. 

Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

9. Rawatan Kanser ovari. 

Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.

10. Menguatkan imuniti. 

Halia membantu meningkatkan sistem imun.Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri.

Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.

11. Mengurangkan Morning Sickness. 

Halia berjaya mengatasi kes morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...