Wednesday, March 18, 2015

Nasi lemak pandan sambal bilis

Permintaan anak sulung nak makan nasi lemak. Ummi pun buatkan la nasi lemak pandan ni. Baunya harum dengan air pandan segar, halba dan bahan tumis serta mentega. 

Disebabkan stok air pandan terpaksa dibahagi dua dengan kuih kaswi gula merah lapis pandan, saya letak sedikit pes pandan untuk menaikkan warnanya.

Untuk sambal bilis tu pulak saya masak guna cili dan bawang jer. Tak letak bawang putih. Ini pun setelah saya google dan baca beberapa komen tentang bagaimana nak menghasilkan sambal yang sedap....cuba la kan...

Buat sambal bilis ni ada macam2 cara....ada member budak penang ajar tumis dulu cili kisar tanpa minyak sampai dia dah nak kering dan letak gula sebelum masukkan minyak dan bawang serta bahan2 lain...

Ada juga yang tumis bawang2 hingga naik bau dan perang sebelum masukkan cili....ada yang letak halia.....pendek kata macam2 ada....


Jomlah kita semak resepinya...



Nasi lemak pandan special

bahan2nya

5 pot beras basmati (nak guna beras biasa pun boleh jer) - basuh dan rendam 30 minit
6 1/2 pot air pandan + santan (kisar daun psndan + kelapa parut)
1/2  sk biji halba
Garam secukup rasa

Satukan semua bahan dan tanak nasi seperti biasa.
(Optional)
Setelah air nasi kering, renjiskan dengan 3 sb air yg dibancuh dengan 1/3 sk pes pandan. Dan biarkan nasi masak sepenuhnya. 

Bahan tumis

5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 sb mentega
3 sb minyak masak

Hiris bawang dan halia. Tumis semua bahan hingga naik bau dan keperangan. (Setelah nasi masak, biarkan selams 5 minit sebelum di masukkan bahan tumis dan di kareh.) Tuangkan ke dalam periuk nasi setelah nasi masak. Kareh rata.


Resepi sambal bilis enak banget

2 cawan ikan bilis - basuh dan toskan
4 biji bawang besar
30 biji cili kering dipotong dan direndam hingga lembut semalaman (boleh juga rebus atau rendam dengan air panas mendidih)
1 batang serai diketuk
1 biji bawang holland - potong bulat
garam dan gula secukup rasa
4 sb air asam jawa pekat
minyak untuk menumis

Kisar bawang besar dan cili hingga lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak menggunakan api perlahan. Tutup kuali untuk mengelakkan percikan. Kacau sekali sekali supaya tidak hangit. Masukkan gula secukup rasa (bagi mendapatkan sambal yg merah cantik).
Tumis seketika. 

Masukkan serai dan air asam jawa. Kacau rata dan biarkan 5 minit. Kemudian masukkan pula ikan bilis. Masak hingga sambal pekat. Perisakan dengan garam secukup rasa dan tutup api.


Hidangan sampingan atau pelengkap....timun atau kangkung celur dan telur rebus....kalau rancang nak masak nasi lemak, telur boleh direbus malamnya....jadi pagi dah sejuk untuk dikupas.....cili kering pun boleh direndam siap2....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...