Tuesday, March 24, 2015

Roti Bawang dan Sup Cendawan Berkrim


Roti manis
Bahan2nya

500 gm tepung roti/gandum/kombinasi
15 gm yis
5 gm improver/softener
15 susu tepung
5 gm garam
110 gm gula (cuma letak 60 gm saja sebab nak cicah sup)
80 mentega
1 biji /70 gm telur (telur gred AA)
225 gm air sejuk

hiasan

Putih telur + 2 sb air/susu untuk sapu atas doh
Mayonis
hirisan bawang holland

Satukan semua bahan (pastikan yis tidak diletak berdekatan dengan garam) kecuali mentega dan uli sebati. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin, tidak lekat di tangan dan besen serta elastik.

Sapukan minyak dan perap selama sejam atau doh naik 2 kali ganda. Tumbuk doh dan uli sebentar. Sapu tangan dengan minyak dan bahagikan doh ikut citarasa. 


Bulatkan doh dan susun dalam cup. Biar doh naik seganda dan sapu susu segar/air ke atas doh. Picitkan mayonis dan susun bawang holland yang dipotong gelung. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180°C - 200°C selama 20 - 30 minit atau hingga perang.


Kalau guna BM ikut arahan dalam manual doh asas. Untuk dapatkan hasil yg lebih baik, saya uli dulu selama 15  minit sebelum masukkan dlm BM dan uli ikut mode doh asas.




Sup cendawan berkrim

bahan

1 sb mentega
1 biji bawang holland (hiris nipis/cincang)
1 paket cendawan shitake (hiris)
1/2  paket cendawan butang (hiris)
2 kiub ayam maggi (boleh ganti dengan air rebusan ayam - chicken broth)
3 biji kentang (rebus empuk dan kisar hingga halus dengan air rebusan)
1 liter susu segar
1 cawan tepung gandum, (bancuh dengan air dan tapis supaya tiada ketul)
air secukupnya
garam secukup rasa

Panaskan mentega. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cendawan yang telah dihiris kecil. Tumis hingga cendawan layu. Masukkan air dan bancuhan tepung serta kiub maggi. Kacau hingga mendidih. Masukkan puri kentang, susu dan tambah air jika perlu. Masak hingga mendidih, kacau selalu sebab sup akan membuak. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api. Hidangkan dengan roti bawang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...