Friday, March 20, 2015

Sup ekor & gearbox, telur dadar permata hijau........mengancam...

Menu tengahari.....tak ke opis sbb anak2 takde yg menjaga... Bila dah kat rumah macam2 aktiviti sempat dibuat...pagi sempat la berkebun skit kat ladang sekangkang kera tu....korek kunyit yg dah tua....semai dalam 2 polibag. Lepas tu semai halia dalam polibag, alihkan pandan dalam pasu besar sikit....tukar pasu pokok salam sebab dah makin membesar dan akar dah tembus ke tanah....alihkan cili.......tanam bawang untuk tuai daunnya....mcm2 la jugak aktiviti kat ladang la katakan....

Sambil berkebun saya rebuskan ekor dan gear box lembu untuk sup. Selesai berkebun daging pun dah lembut.... Sebagai wanita yg bekerja, masa yg ada kat rumah kena dimanfaatkan sepenuhnya.......dua tiga kerja kena buat dalam satu2 masa..... Selalunya sambil2 masak...kena basuh pinggan dan kemas2 dapur...mengelap habuk mana yg tercapai sambil memastikan masakan tak hangit....huhuhu....gitu ler kaedahnya...


Bila masak sup ni saya suka tambah lauk telur dadar....macam serasi jer diorng berdua nih....
Pastu sup tu pulak mesti ada sambal kicapnya...masa tu makan memang dah tak pandang kiri kanan dan belakang lagi dah......retis lalu pun buat derkkkkk jer la....nasi pulak panas2 baru masak......waduhhhhh....wa cakap lu.....memang confirm makan bertambah punya....


Telur dadar permata hijau

1/2 biji cili benggala di potong kiub
1/2 biji bawang holland dipotong kiub
4 biji telur
1 sb mayonis
1/2 sk serbuk lada hitam
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

satukan telur, garam, lada hitam dan mayonis dan pukul sebati. Panaskan minyak di dalam pan dan tumis bawang dan cili hingga layu dan naik bau. Masukkan adunan telur. Lipatkan telur di kedua2 belah untuk mendapatkan telur yg tebal. Biarkan telur masak sepenuhnya. Potong telur dan hidangkan.


Sup ekor & gearbox

1 batang ekor dipotong
2 batang gearbox

rebus hingga dagingnya empuk. Setelah empuk masukkan bahan dibawah.

sedikit gula batu (anggaran sebesar ibu jadi)
cendawan
celery
Tomato
karot 
@ sebarang sayuran pilihan
Hirisan daun ketumbar
3 batang serai di ketuk

Tumis bahan dibawah hingga naik bau dan keperangan dengan sedikit minyak dan tuangkan dalam periuk sup.

2 inci halia - hiris
7 ulas bawang merah - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga

Masak hingga mendidih......siap dihidang bersama sambal kicap.

Sambal kicap

50 biji Cili padi
8 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap

goreng cili dan bawang putih hingga layu. Tutup kuali ketika menggoreng sebab cili tu meletup... tutup api, angkat dan toskan. Kisar halus dengan kicap.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...