Thursday, March 12, 2015

Mihun sup daging

Kisah semalam....

Budak2 ni suka sangat makan telur ngan ayam...kan....tak telur...ayam.....tak ayam.....telur....kenapa agaknya... Kat rumah ni lauk2 tu di kawal kekerapan hidangannya.....hehehe....selalu lauknya ikan....daging, ayam, telur, seafood lain2 tu, jarang2....kadang2... 

Malam tadi..dlm kawal2 pun kekadang terpaksa jugak kalau dah tahap nangis tsk boleh berenti....hehehe...goreng tuang kicap jer....dah nikmat sangat....yg kita nasak beriya2 dengan penuh kasih sayang tu tak mau makan.....sabar jer la anaaaakkkk.....


Pagi ni pulak, masakkan mihun sup....sup dagingnya nanti boleh buat lauk tengahari terus...2 in 1 punya lauk.....suka pulak diorg...selalu tu pagi2 susah betul nak suruh sarapan... pagi ni siap bertambah pulak...



1 kg daging (yg sedap bahagian keting) - potong kecil) - (nak tambah tulang pun ok)

Rebus hingga empuk.

Dalam kuali, tumis hingga naik bau dan pecah minyak.

2 biji bawang besar dihiris
7 ulas bawang putih dihiris
3 inci halia dihiris
1 paket kecil rempah sup

Tuang dalam periuk sup setelah daging empuk.

Tambah

4 batang celery dipotong kecil
cendawan
2 biji tomato
garam secukup rasa

Masak hingga mendidih.

Sambal kicap

1 labu bawang putih dikupas kulit
1 mangkuk cili padi

goreng hingga layu dalam kuali yg ditutup agar tidak meletup.

Kisar bahan goreng dengan kicap secukupnya. Sedia dihidang. (Kalau lebih boleh simpan di dalam peti sejuk untuk tempoh lebih 2 minggu)



Hidangkan sup bersama mee/mihun/kuewtiaw/bubur nasi. Hias dengan lobak asin cincang, daun sup/bawang dan bawang goreng - ikut citarasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...