Saturday, March 14, 2015

Ayam masak lemak tumis

Menu tengahari untuk mereka...


Bahan2

1 ekor ayam di kerat 8 atau 10
3 biji kentang - kupas dan potong 2

*10 biji cili padi merah
*3 biji cili merah
*Seketul kunyit hidup
*1 inci halia
*7 ulas bawang merah
*5 ulas bawang putih
2 batang serai di ketuk

5 cawan santan
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa
Sehelai daun kunyit di koyak dan simpul
minyak untuk menumis

*Tumbuk lumat. Tumis * dan serai hingga pecah minyak. Masukkan kentang dan tumis seketika. Masukkan santan. Masakkan 10 minit dan masukkan ayam. Tambah garam secukup rasa  serta daun kunyit. Masak hingga mendidih dan ayam serta kentang empuk. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...