Monday, March 9, 2015

Meatball pasta

Menu sarapan... sos dah masak malam. Jadi pagi tinggal rebus dan panaskan sos.

Meatball pasta

2 paket meatball (saya guna jenama marina)
1 biji bawang besar (holland)
5 ulas bawang putih - pecahkan saja
4 biji tomato saiz besar
1 tin kecil tomato puri
Garam, gula dan lada hitam secukup rasa
Sayuran seperti lobak merah, cendawan, capsikum dll jika suka.
Minyak zaitun untuk menumis


Panaskan minyak zaiton. Tumis bawang besar dan putih hingga naik bau. Masukkan tomato yg dicincang dan tumiskan seketika. Masukkan tomato puree, meat ball & sayuran serta sedikit air. Masak hingga tomato hancur. Perisakan dengan garam, gula dan lada hitam secukupnya. Sedia dihidang bersama pasta pilihan.


****cara mudah dan cepat untuk merebus pasta

Masukkan pasta di dalam pan (non-stick). Tuang air ikut paras pasta dan tambah sedikit garam dan minyak masak. Rebus hingga air kering.....

Masa merebus lebih pendek - jimat air dan gas menggunakan kaedah ini berbanding cara yg dinyatakam di dalam pembungkus pasta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...