Monday, March 16, 2015

Frozen dough aka doh sejuk beku untuk roti

Sumber annaqawina

CARA MUDAH FROZEN DOUGH :

1. Ambil doh yang nak dibekukan, seeloknya lepas doh siap diadun & belum dikembangkan.

2. Sapu plastik dgn sedikit minyak supaya x melekat.

3. Masukkan doh dlm.plastik berkenaan & ikat kemas2, jgn bagi masuk angin.

4. Masukkan dalam bekas bertutup.

5. Bekukan dalam pembeku (bahagian atas peti ais)

6. Keluarkan doh beku dari peti ais anda bila perlu.

7. Biarkan beberapa ketika sehingga doh tersebut lembut & boleh dibentuk.

8. Siapkan membentuk doh macam biasa.

9. Sekian, harap anda faham..ikutla cara mana pon janji roti siap..hehe..

FROZEN DOUGH by Suhaimie MN, cnp dari file FB Group Kelab Roti

Doh yg disimpan dlm chiller msh blh kembang sbb suhu chiller bkn suhu yg blh bt doh jd beku.simpan dlm freezer br doh blh beku.

Proses pengembangan msh b'laku walaupun simpan dlm chiller cuma prosesnya sgt slow.

Kalau nk tggl semlm sgt tidak sesuai utk simpan dlm chiller. Simpan dlm freezer sbb masa sgt lama.

Kalau nk simpan dlm chiller/freezer pastikan ditutup rapat dgn bekas.lps mixed,simpan dlm bks b'tutup then simpan dlm chiller/freezer.kenapa kene bks kedap udara/b'tutup sbb doh roti sifatnya spt spoonge.akan serap semua bau dlm free/chiller tu.

Pernah dgr org kata nk hilang bau letak beberapa keping roti/arang dlm bonet kete @ peti sejuk? Mcm tu juga doh roti.bygkan kalau dlm tu ada ikan, lauk2 smlm yg x abis, abis semua bau diserap dlm doh.penambah perisa semula jadi doh tu.

Doh yg disimpan dlm chiller hanya utk 3-4 jam shj (anggaran).

Doh yg dikeluarkan dari chiller, boleh terus buat next step cth, bhgikan doh @ bentukkan/nak isi filling tapi doh yg keluar dr freezer kene defrost dulu dalam suhu bilik.

Tips: kalau doh x abis, jgn buang. Bekukan, then mskkan dlm adunan kita masa kita nk bancuh yg baru. Pastikan defrost dulu. Nanti rosak pulak mixer kita.

***  Tak perlu tunggu hingga hilang sejuknya. Asalkan sehingga doh lembut dan boleh dihandle. Maksudnya boleh kita uli/bulat2kan. Jgn lak sape2 cuba defrost dlm microwave ye! Menangis saya dengar nanti.

*** Bila kita dah uli/bulat2 doh tu,angin dah keluar dr doh.kene proof/kembangkan lg. Naik sampai max 3 kali kembang then br blh bakar. Kalau bakar terus lepas defrost, keras roti tu.

*** yup, kalau kita xde space utk simpan doh dlm chiller la. kalau ada boleh letak kejap tp jgn bkr sewaktu doh tu sejuk. Temperature oven akan jatuh kalau kita bakar semasa doh sejuk. Jd pembakaran xkan sama mcm batch yg x msk dlm chiller tu.

***Kalau oven kita kecik, another option, kita blh play around dgn yis. Cthnya, kalau kita guna 20gm yis utk setiap adunan. So,adunan ke2 kita kurangkan yis jd 18gm ke. Adunan ke 3 kurangkan jadi 16gm ke. So, dgn kurangnya yis, doh akan lmbt skt kembang. So, blh bg masa roti kita msk dulu then bila kita nk bkr next batch, roti just perfect kembangnya. Faham kan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...