Hari jumaat lepas buat taugeh....asalnya utk masak mee goreng tapi bila dah sampai hari ahad, meenya tak dibuat2 juga, taugeh tu pun saya guna untuk buat cucur. Kebetulan ada tetamu datang....itulah yg dihidangkan...cicah kuah kari yang hubby masak hari sebelumnya.
Kucai saya ambil dari dalam pasu depan rumah jer....tanam sendiri selamat....
Resepi cucur taugeh
Taugeh (kuantiti ikut suka)
Secekak daun kucai
Tepung gandum
1 sk baking soda
Air dan garam secukupnya
Kisar halus :-
1/2 cawan udang kering (nak letak lebih pun boleh)
2 biji bawang besar
Cara2nya
Satukan bahan kisar, air (dalam secawan) kucai dan taugeh. Masukkan baking powder dan tepung sedikit2 sambil kacau sehingga mendapat adunan yang sederhana pekat perisakan dengan garam.
Tuang adunan (saya buat saiz besar dan potong2 sebelum dihidang). Goreng adunan hingga keperangan dengan minyak yang banyak. Angkat dan toskan.
mohon share ye
ReplyDelete