Thursday, March 19, 2015

Roti manis

Meroti lagi. Roti manis biasa dan roti manis pandan.... Bila anak2 cuti sekolah stok makanan selain nasi mesti sentiasa ada...


Saya buat dua adunan....plain dan pandan...yang plain saya buat dlm 2 loyang bulat....dan yang pandan loyang 4 segi....

Satu loyang ni tak sempat nak selfie dah habis separuh....

Roti manis

Bahan2nya

500 gm tepung roti/gandum
15 gm yis
5 gm improver/softener
15 susu tepung
5 gm garam
110 gm gula
80 mentega
1 biji /70 gm telur (telur gred AA)
225 gm air sejuk

(Untuk perisa pandan, tambah pes pandan ke dlm air sejuk atau kisar daun pandan dengan air sejuk dan tapis)

Satukan semua bahan (pastikan yis tidak diletak berdekatan dengan garam) kecuali mentega dan uli sebati. Masukkan mentega dan uli hingga tidak lekat di tangan dan besen serta elastik.

Sapukan minyak dan perap selama sejam atau doh naik 2 kali ganda. Tumbuk doh dan uli sebentar. Sapu tangan dengan minyak dan bahagikan doh ikut citarasa. Bulatkan doh dan susun dalam loyang yg di sapu sedikit mentega. Biar doh naik seganda dan sapu susu segar/air ke atas doh. Tabur gula atau keju parut. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 °C selama 20 - 30 minit atau hingga perang.

Kalau guna BM ikut arahan dalam manual doh asas. Untuk dapatkan hasil yg lebih baik, saya uli dulu selama 15  minit sebelum masukkan dlm BM dan uli ikut mode doh asas. 
Doh yg dah naik seganda disapu air dan ditabur dengan parutan keju dan gula.

Dalam proses membakar...

Dah masak pun.....dan sedia dimakan begitu saja.....


Masih gebu dan lembut walau pun dah semalaman...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...