Tuesday, August 16, 2016

Sweet and spicy fried fish


Semalam jiran singgah le rumah, dia bawakan buah tangan dari Sabah.....ikan kerapu. Jadi, hari ni saya masak ikan manis dan pedas. Menu simple jer. Masak cepa2 sebelum gerak ke Tanjung Malim atas urusan kerja.


Ikan goreng manis pedas
Sweet and spicy fried fish

3 ekor ikan kerapu (bersihkan, gaul garam dan kunyit. Goreng garing, toskan dan susun atas pinggan hidangan)

2 inci halia - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - horis bulat

1 biii capsikum/cili benggala
2 batang celery

1/2 cawan sos cili thai
Hirisan cili padi hijau (optional)

Tumis cili padi, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan sos dan tumis sebentar. Masukkan celery dan cili benggala. Tumis selama 1 minit.  Akhir sekali masukkan bawang besar dan gaul rata. Tumis selama lebih kurang 1 minit lagi. Tutup api dan tuangkan ke atas ikan yang telah disusun di atas pinggan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...