Wednesday, August 10, 2016

Roti Goreng Rangup


Sarapan pagi tadi. Subuh2 dah menggeledah kabinet cari stok sardin. Jumpa satu tin, bila tengok  expired bulan sepuluh.....ah sudah....punya lama simpan barang expired. Sekali tu masa nak angkat buang dalam tong sampah nampak pulak no 17 kat sebelah 10 tu...dua tiga kali belek....rupanya lama lagi da nak lupus....setahun lebih lagi.....Alhamdulillah.

Kalau tidak kena tikar menu la pagi ni....


CRISPY FRIED BREAD @ ZLC

Bahan-bahan

22 keping roti
Serikaya/inti sardin - Secukupnya
2 cawan tepung gandum (saya guna 1 1/2 cwn tpg gandum, 1/2 cwn tepung naik sendiri)
2 1/2 cawan air
2 sb mentega
1 sk garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
Sedikit serbuk kunyit


Cara-cara

Di dlm bekas,satukan tepung bersama mentega, garam dan gula. Bancuh dgn air (guna whisk lg senang) warnakan kuning dan ketepikan.

Ambil 2 keping roti dan sapukan dengan inti serikaya/sardin dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.

Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng. Celupkan roti ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...