Monday, August 8, 2016

Kek kelapa

Kek kelapa saya buat semalam. Untuk jamuan kelas anak, cikgu nak menghabiskan stok air kotak jamuan raya minggu lepas katanya. Saya buat dua adunan. Saya bawak sikit pegi rumah kakak masa ziarah cucu sedara baru lahir semalam. Tinggalkan sikit untuk atuk makan2 kat tumah.

 

Resepi bonda Chef Khairi Mansor ni memang mabeles. Bau kelapa tu bila dibakar harum semerbak. Dan saya suka warnanya nampak berseri pulakkan. Lama tak buat kek ni....masa google2 resepi, resepi kek ni muncul...terus beli kelapa kering. Malam sebelumnya saya letakkan pewarna siap2....esoknya batu saya adun.


Kek Kelapa @ ZLC

Bahan2nya
---------------
1 cawan gula kastor
1 cawan margerine (saya guna mentega)
3 bj telor 'B'
1 sb esen Ros (saya guna esen vanilla)
1 sb susu pekat
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung naik sendiri (s/rising flour)
Pewarna kuning
1/4 cawan kelapa kering yg diwarnakan merah/hijau


Cara:

1-Pukul margerin bersama gula hingga kembang
2-masukkan telor satu persatu sambil terus dipukul
3-masukkan esen & susu pekat
4-masukkan tepung dan kacau rata bersama sedikit pewarna kuning.
5-masukkan kelapa kelapa dan kacau perlahan.
6-Masukkan kedalam loyang berukuran 8in.
7-Bakar dgn suhu 170c utk 30-45mnt..
Selamat mencuba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...