Wednesday, August 10, 2016

Resepi Daging Kijang Masak Halia Berlada


Dapat rezeki makan daging kijang. Minggu lepas jiran datang hantar daging kijang, Alhamdulillah. Macam kata hubby, orang bagi merasalah kita makan, nak beli sendiri fkir banyak kali, satu sebab susah nak jumpa, satu lagi sebab harganya yang mahal...sekilo sampai 60 - 90 ringgit. Masa majlis perasmian kilang jiran aritu terdengar perbualan telefon sslah sorang sedara dia kata ada yang offer sekor kijang dengan harga RM1600. Mak aihhh.....kompom akak tak beli. Kena buat personal loan kalau mengidam nak makan kijang golek....hahahhaha.

Saya tak pernah masak daging ni...kalau makan pun dah siap masak. Jadi saya pun tanya pakcik google masak apa sedap. Pakcik google bagi la beberapa option tapi yang saya pilih resepi dari Juliajohari.com. Saya olah sedikit sebab takde kicap manis.


Resepi Daging Kijang Masak Halia Berlada

Bahan-bahannya

1 kg daging kijang hiris nipis (guna daging lembu, kambing dll pun boleh)
1 biji bawang besar - potong bulat dan nipis
6 biji bawang putih - tumbuk halus
6 biji cili padi - hiris halus (boleh tambah ikut citarasa)
1 batang serai - dititik
4 inci halia muda - potong lidi
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah keras - tumbuk halus
2 sb kicap manis atau kalau guna kicap masin campur 1 sb gula perang
1 sudu kecil lada hitam
Garam secukup rasa
1 senduk besar minyak

Caranya

1. Gaulkan bawang putih, lada hitam dan halia dalam daging kijang - perap dalam 10 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Tumis kayu manis, bunga lawang, serai, buah keras dan cili padi sehingga naik bau.
4. Masukkan daging kijang yang telah diperap. Kacau sehingga hampir empuk. Tambah air jika perlu.
5. Masukkan hirisan bawang besar, kicap manis, garam dan masak hingga daging betul2 empuk.
6. Siap untuk dideco.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...