Tuesday, August 16, 2016

Kek Coklat Tanpa Telur


Kek tanpa telur. Rasa dan teksturnya tak kalauh dengan yg guna telur. Lembut...gebu....kek ni mudah dibuat...tanpa mixer atau whisker pun rasanya dah cukup mengancam gitu...😃😃😃. Over punya promo...hahhaha. tapi serius sedap.

Resepi asal daripada dayang jack. Saya olah sedikit bahan dan cara penyediaan.

Kek Coklat Tanpa Telur

Bahan-bahan : loyang kecil

1 cawan tepung gandum*
1/3 cawan serbuk koko*
1 sk serbuk penaik*
1/2 sk soda bikarbonat*
1/4 sk garam
3/4 cawan gula perang
1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung (saya guna minyak zaiton)
3/4 cawan air kopi panas (nak guna air panas kosong pun ok)
1/3 cawan susu segar
1 sk cuka / jus lemon (saya guna lemon)


Cara-cara :

Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *.  Masukkan gula dan kacau rata-rata.
Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah lawan jam. (pastikan air kopi btl2 panas mendidih)
Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok. (Saya tak tunggu sejuk dah....kuar oven terus terbalikkan dlm loyang pastu terus tuang ganache.....potong terus ngap.....😃😃😃)


*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...