Thursday, August 18, 2016

DAGING REMPAH BERLADA

Resepi Jamaliah Ibrahim saya pilih untuk memasak tulang yang dok beku kejung dalam freezer tu. Asyik masak sup pun bosan juga. Tu yang saya cari masakan yang sesuai digunakan untuk memasak tulang ni.


Resepi ni muncul masa saya dok jengok fb kat salah satu group/page masakan yg popular juga tapi bila baca resepinya macam tak kena aje dengan gambar yang disertakan. Saya cuba pulak tanya kat pakcik google. Dia tunjuk kat saya satu lagi sumber, resepi nukilan jamilah yg saya share kat bawah tu.

Compare gambar sama...bezanya ada watermark dgn tidak. Ni agaknya kes yang boasa la kot...amik gambar kat mana2 blog/page orang pastu tepek la resepi lain atau kidnap resepi sekali tapi tak acknowledge sumber asalnya.

Oklah....malas nak ulas panjang. Berbalik kepada masakan ni.......Dalam resepi asal jamilah dia guna daging....saya pulak.ganti dengan tulang sebab itu jer yg ada stok. Rasanya memang sedap. Anak saya suka....yang sorang tu malan cenggitu jer....takmo makan ngan nasi pun.

Masakan ni kalau makan dengan nasi minyak atau nasi2 berperisa lain pun sodap...kalau ada roti benggali ker...roti canai pun sedap juga.... Jom la cuba....



DAGING REMPAH BERLADA


BAHAN (A) :

3 BATANG SERAI DIKETUK
2 BIJI BUAH PELAGA
2 KUNTUM BUNGA LAWANG
1 BATANG KAYU MANIS

BAHAN (B1) :

5 SUDU MAKAN KICAP PEKAT MANIS (saya guna kicap masin)
5 SUDU MAKAN SOS TIRAM
1/2 KILO DAGING DIHIRIS TIPIS (saya guna 2 kg tulang)

BAHAN (B2) : DIKISAR

10 TANGKAI LADA KERING
10 BIJI BAWANG MERAH
5 SUDU MAKAN REMPAH KARI DAGING
5 CM HALIA
5 SUDU TEH LADA HITAM
5 SUDU TEH JINTAN KASAR
5 SUDU TEH KETUMBAR BIJI
3 BIJI BAWANG BESAR
2.5 CM LENGKUAS

●CAMPURKAN (B1) SERTA (B2) DAN GAUL SEHINGGA RATA. SETELAH ITU BIARKAN SELAMA 30 MINIT●

BAHAN (C) :

250 ML AIR ASAM
GARAM SECUKUP RASA
GULA SECUKUP RASA (saya guna gula melaka)



CARA NYA :

PANASKAN MINYAK DAN TUMIS (A) SEBENTAR. KEMUDIAN MASUKKAN DAGING YANG TELAH DIPERAP BERSAMA  REMPAHNYA SEKALI.

KACAU RATA SEHINGGA MENDIDIH DAN PECAH MINYAK. SETELAH ITU MASUKKAN (C) DAN KACAU SEHINGGA RATA. DAN SETELAH DAGING EMPUK LALU MATIKAN API.

SELAMAT MENCUBA DAN SALAM MESRA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...