Friday, August 12, 2016

Char kuay tiaw


Menu malam minggu... Malam semalam buat pes malam ni masak char kuay tiawnya. Family saya suka....atuk pun suka. Memang dah tak perlu makan kat luar dah kalau teringin makan char kuay tiaw. Pes ni biasa buat banyak dan simpan dalam peti ais...tahan la berbulan jugak.

Resepi Char Kuey teow @ ZLC

Bahan2Nya

200 g kuey teow ( @ ambil secekak untuk seorang makan )
1 sudu makan cili kisar (nak lebihkan sikit pun ok jer)
kerang/udang  (secukupnya - nak makan sendiri kot) - kali ni tak letak...stok abis.
1 biji telur
4 sudu besar paste char kuey teow (Resepi pes char kuay tiaw boleh klik di sini.)
Sawi/tauge/kucai


Cara2nya

1. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan 4  sudu besar paste tadi. INGAT... !! Api mesti mau besar.

2. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi. Nak sedap lagi tambah udang fresh.

3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan kuey teow, kucai dan taugeh.

4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat. Kalau agak2 kering, tambahkan lagi paste char kuey teow tu. Ingat, tak perlu masak lama-lama sangat, nanti kering kontang ler char kuey teow tu. Biar basah2 skit sbb kuey teow ni cepat meresap kuahnya.

Ni plak tips nak masak kuew teow sedap......

~ sediakan pes lebih awal sebelum menggunakannya....seelok2nya semalaman.

~Proses memasak kue teow ni dalam 3-4 minit saja… pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini!!!.

~kena masak satu2 baru sedap atau pinggan by pinggan. Maksudnya kat sini  kalau 2 orang makan 2 kalilah masak…. Char kuey teow memang tak sedap kalau masak dalam jumlah yg banyak!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...