Thursday, August 18, 2016

Ikan Masak Padang



Resepi dari Hanieliza blogspot jadi pilihan untuk memasak ikan buah tangan dari sabah ni. Ikan memang masih fresh, sesuai sangat dengan masakan padang nih.... Aromanya sungguh membangkitkan selera.....jemput makan...😚😚😚😚.



IKAN MASAK PADANG

Bahan

4 keping ikan tenggiri atau merah [taburkan sikit garam halus]
4 cawan santan [1 biji kelapa]
3 biji tomato keras [belah 4]
1 labu bawang besar [belah4]
5 biji cili hijau
5 biji cili api merah
1 keping asam keping
5 keping daun limau purut [koyakkan]
3 s/b minyak
garam

Bahan Mesin
5 biji cili merah
7 biji ciliapi
1 inci kunyit hidup
2 batang serai [hiris halus]
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras


Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan santan dan biarkan mendideh.
3. Masukkan ikan, garam dan asam keping dan biarkan reneh sehingga mendidih lagi.
4. Masukkan pula bahan sayuran dan renehkan sehingga naik minyak dan pekat.
5. Tutup api dan angkat.
6. Hidangkan dengan nasi putih atau roti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...