Thursday, August 18, 2016

Cendawan goreng rangup


Menu kegemaran keluarga. Cendawan goreng rangup. Kalau makan gitu jer pun sedap....boleh hidangkan sebagai juadah minum petang. Atau hidangan sampingan bersama lauk pauk lain.


Resepi cendawan goreng @ ZLC

1 kilo cendawan
1/2 kilo tepung gandum
Nak sedap campur tepung jagung
Nisbah 1 bahagian tepung jagung : 3 bahagian tepung gandum
1 sb serbuk kari
1 sb serbuk cili

Gaul rata


Kisar:

1 labu Bawang putih
1 sb Serbuk lada putih
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
200 ml air

Cara2nya

Campuran bahan blender dengan cendawan. Jika cemdawan sikit, Masukkan campuran cecair tu sikit2. Ramas2 cendawan sampai cendawan tu sebati.

Jgn terlebih adunan cecair tu. Bila dah sebati baru tuang tepung dan kirai2 je cendawan tu. Semasa menggoreng..gunakan minyak byk dan gorengan jgn dikacau. Biarkan sehingga ia garing dan kacau sekejap sebelum diangkat. Api jgn terlalu marak, sederhana saja.Angkat dan toskan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...