Friday, August 5, 2016

Blueberry Pancake


Sarapan pagi dan bekal anak ke sekolah. Western breaky la konon...hehehe. Anak suka...minta buatkan lagi esok...😃😃😃.

Pankek blueberi @ ZLC

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
3 biji telur gred C
3 sb gula halus
2 sb mentega, dicairkan
2 sb yogurt
1 cawan susu segar
1 camca teh esen vanilla
1 mangkuk blueberry segar
Secubit garam halus
Mentega dan madu/maple syrup untuk dimakan bersama pancake



CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam halus, gaul rata dan ayak. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula, mentega cair dan yogurt, kacau dengan whisk sehingga semua sebati dan rata. Masukkan susu, kacau dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata.

Tuang esen vanilla, gaul rata. Rehatkan adunan 20 minit (saya tak rehatkan.Terus masak jer). Akhir sekali masukkan blueberry dan kacau rata. Panaskan non-stick frying pan pada api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak menggunakan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak.(saya tak letak minyak)

Sudukan anggaran 3 1/2 camca besar adunan tadi. Ratakan.
Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan.

Masak lagi untuk 1 minit. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama mentega dan curahan madu atau maple syrup.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...