Thursday, August 18, 2016

Kari ikan pelaling


Ini resepi dua tiga hari sudah....tapi cam biasa la...bukan sentiasa rajin nak mengupdate kat sini. Mood kekadang ke laut. Ikan ni datang dari kedah....jauh dia berjalan. Jiran kat sini jual setiap sabtu.....samada pre order atau boleh ler beli terus masa dia jual tu. Ikan fresh baru turun dari bot katanya...takde letak ubat. Harga biasa la....mana ada barang murah sekarang ni. Kira duit minyak, tol, masa, tenaga dia dengan ikan yang segar dari laut tu kira ok la.

Penjual ni dari shah alam akan turun ke kedah tunggu bot sampai, pastu dia akan gerak balik ke shah alam subuh2...lepas mandi manda dia akan buka gerai. Sapa yang dah pre order ok la...yg belum kena la ikut rezeki apa yang ada. Dulu dia anto dari rumah ke rumah tapi leceh agaknya dia buka one stop centre...sapa yang order ble collect jer kat situ.


Kari ikan pelaling
zulfaza love cooking

1 ekor ikan pelaling (anggaran berat sekilo)

2 sb rempah kari (saya guna rempah basah) (kalau guna rempah serbuk, campurkan drngan air asam utk jadikan paste
4 tangkai daun kari)
4 cawan santan
1/4 cawan asam jawa

*10 ulas bawang merah
*8 ulas bawang putih
*2 inci halia

garam secukup rasa
Bendi secukupnya
1 sk halba campuran (ikan) - optional
Minyak untuk menumis

Cara2nya

Tumbuk lumat *. Tumis * dan halba campuran hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan daun kari. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan air asam. Masukkan santan dan bendi. Masakkan hingga mendidih. Kemudian masukkan ikan. Masak hingga ikan masak. (Jangan lama sangat, anggaran 5 - 7 minit jer). Perisakan dengan garam dan tutup api.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...