Friday, August 12, 2016

Sambal tumis udang


Menu malam semalam. Punyalah anak2 suka makan sampsi ulamg makan dua kali. Ingatkan ada lebih, boleh la makan ngan nasi lemak untuk sarapan paginya....tapi tak sempat nak tunggu pagi dah.

Udang ni segar sangat. Masa hubby beli, udang ni baru jer naik dari bot nelayan. Memang sedap sangat la bila dibuat sambal....pulak tu ummi masak dah siap kupas kulitnya. Laju ajer la makannya.😃😃😃.


Sambal tumis udang @ ZLC

1/2 kg udang sederhana - basuh bersih
15 biji cili kering - rendam atau rebus lembut dan kisar bersama 2 biji bawang besar, 7 ulas bawang putih. 2 inci halia

4 sb air asam jawa pekat
2 batang serai dititik
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan minyak masak

Tuangkan minyak masak. Tumis bahan kisar hingga airnya pecah minyak dengan api sedehana. Kacau selalu. Masukkan gula. Kacau rata. Masukkan air asam, serai. Kacau dan biarkan sebati seketika.

Masukkan udang dan perisakan dengan garam secukup rasa. Kacau sesekali hingga udang masak sepenuhnya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...