Thursday, August 11, 2016

Kuih Kaswi


Sarapan pagi. Buatkan kuih jer. Kali ni menerai resepi kak marlia...jiran hakak kat sini.  Kak marlia rajin bawa kuih ni bila ada program kat surau...sedap...tu yg risik2 resepi dia pulak...

Dapatnya dari bulan posa aritu resepi ni...tapi pagi tadi baru la hakak merajinkan diri adun dan kukus kuih ni....tu pun tak sempat habis kukus. Minta kakak tolong sambung. 

Sebenarnya kalau  nak senang, tuang aje kat dalam loyang...sekali kukus dah masak sume. Pastu sejukkan potong2....tapi  hakak suka pulak buat dalam bekas kecik2 nih...tak payah nak potong bagai....

Satu adunan banyak dapatnya. Puas makan. Siap ble bekalkan hubby makan ngan geng ngeteh dia sementara tunggu isyak kat surau.


Kuih Kaswi @ ZLC

2 cwn tpg gandum
1/2 cwn tpg ubi + 2 sudu tpg jagung
2 cwn gula merah (ble tambah gula perang dua tiga sudu kalau rasa tak cukup manis)
2 helai daun pandan  - simpul
1 sk kapur
6  cwn air

Masak gula merah dengan 2 cawan air dan daun pandan hingga gula hancur. Tapis dan ketepikan. Biarkan sejuk seketika.

Bancuh kapur dengan 1/2 cawan air.

Satukan tepung di dalam mangkuk pengadun. Masukkan baki air, air gula dan air kapur tadi. Adun sebati. Tapis adunan untuk mendapatkan adunan yg tidak berketul.

Panaskan pengukus. Minyakkan loyang atau acuan. Tuang adunan dalam loyang atau acuan. Kukus selama 20 minit atau hingga masak.

Masa mengukus bergantung kepada saiz acuan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...