Tuesday, August 30, 2016

Pau sambal ngan burger malaysia....beza ke???

Resepi pau saya olah dari sumber Hazizah che uzair yang di share kat MAHN jadi pilihan utk bekal sekolah anak petang ni. Kuih ni ada yang panggil burger malaysia, pau sambal, donut sambal......tapi rasanya sama ajer kan.... Tak kisah la nak panggil apa2 pun...janji sedap meletopssss...


Untuk sambal pau ni saya kisar halus semua bahan kecuali serai sebab mudah anak2 nak makan...takde la terpilih2. Kalau tak mau kisar bilis dan bawang besar nak potong bulat pun ok juga....terpulang selera.

Pau sambal

1/2 paket yis
3 sb susu pekat
2 sudu gula
1/2 cawan air suam

Satukan semua bahan.
Biarkan berbuih dlm 15 minit.


2 cawan tepung gandum
2 sb mentega
1 sk garam
1 sk baking powder
Satu semua bahan dan gaul dgn jari jadikan dia sebati.

Masukkan adunan yis dlm tepung dan gaul sebati. Gaul sebati jer perlu uli sampai doh licin berkilat.

Setelah sebati, perap hingga kembang selama 40 minit (tutup dgn kain bersih yg lembap).

Setelah kembang, tumbuk buang angin.. tangan sapu tepung sikit gaul2 manja jd doh bulat..

Bulat2kan doh ikut besar mana nak... (xnk melekat boleh tabur tepung atas dulang tu) pastu biarkan lg 15 minit..

Panaskan minyak dan goreng dgn api kecik. Angkat dan toskan.

Belah dua. Sapu dengan sambal tumis dan letak hirisan timun. Siap...



Resepi sambal tumis ikan bilis kisar ZLC

1 cawan ikan bilis - basuh dan toskan
20 biji cili kering - rebus/rendam lembut
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batan serai - ketuk/titik
Garam dan gula secukup rasa
2 keping asam gelugur
Minyak untuk menumis

Kisar semua bahan kecuali serai hingga lumat.
Tumis  baham kisar termasuk serai dan asam keping hingga naik bau dan pecah minyak. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sambal sedikit kering.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...