Wednesday, August 10, 2016

Sambal kelapa ulam pucuk kari


Menu ringkas pembuka selera. Hidangan masakan kampung untuk makan tengahari hujung minggu yang lalu. Simpledan sihat jer....dan banyak khasiatnya pucuk kari tu.

Antara khasiatnya antioksidan....bukan setakat bg aroma pada masakan jer tau...byk lagi khasiatnya....korang google jer utk tahu lanjut tentang khasiat daun kari ni....akak malas nak taip berjela2...😅😅😅😅.


Sambal kelapa

1/4 cawan kelapa parut
2 ulas bawang merah
Sejemput Ikan bilis
5 biji Cili padi
2 biji Cili merah
1 sb perahan Limau kasturi/nipis
Garam dan gula secukup rasa

Tumbuk cili dan bawang hingga lumat. Masukkan bilis dan tumbuk lumat. Masukkan gula dan garam secukup rasa serta jus limau. Gaul sebati. Masukkan kelapa parut dan gaul sambil tekan dengan anak lesung hingga sekata sambalnya dengan kelapa parut.

Hidangkan bersama ulam2 segar pilihan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...