Wednesday, August 3, 2016

Nasi Lemuni

Nasi Lemak yang dimasak menggunakan Daun Lemuni jadi menu pilihan sarapan pagi. Sejak lepas puasa ni saya demam lama, berminggu2. Tak larat sangat nak memasak. tu yang kurang update resepi kat blog....(kurang ke?????.....kurang la sikit, sebab tak masak macam2 sangat sebab kurang sihat). Semalam anak balik sekolah cerita dia dan kawan kelas didenda sebab kelas bising, diorang tak dibenarkan keluar rehat. Alahai.....sedih pulak dengar sebab semalam saya tak buatkan sarapan, jadi pegi sekolah takde bawak bekal. Jadi hari ni saya tak boleh tidak bangun awal untuk masak. Sambal saya dah sediakan lebih awal....sambil masak untuk dinner. 

Pepagi buta bermula la episod bunyi pengisar....hehehhe. Agaknya jiran2 mesti sunyi sebab dah jarang2 kedengaran bunyi blender pagi2 buta....

Daun lemuni ni walaupun saya ada tanam pokoknya tapi belum cukup untuk dituai hasilnya...yg ni saya dapat stok dari rumah jiran....pokok dia dah besar tinggi. Saya punya mungkin sebab ditanam dalam pasu, tumbesarannya terbantut.

Pokok lemuni atau lengundi ni ada dua jenis. Lemuni hitam yang lebih berkhasiat dan lemuni putih. Yang hitam ni seperti yang saya gunakan untuk nasi ni....daunnya ada warna keunguan. Pokoknya ditanam menggunakan keratan batang yang telah matang. Bila dikisar dan airnya digunakan untuk memasak nasi lemak ni, tidak menghasilkan sebarang perisa yang kurang enak. Daunnya memberikan warna sahaja....jadi jangan teragak2 untuk mencuba. Nasi lemuni ni sesuai sangat dimakan oleh perempuan selepas bersalin.....untuk mereka ni, boleh ditambah sedikit lada hitam ketika menyediakan nasi.

Nasi Lemuni atau Nasi Lemak Daun Lemuni ni popular di kawasan utara semenanjung dan banyak dijual sebagai juadah sarapan pagi sihat. Di selangor ni tak jumpa lagi orang jual nasi mahupun daunnya.


Nasi Lemuni @ ZLC

BAHAN BAHAN :

2 cawan Beras ~~ Saya guna basmathi
2 Santan
Secekak Pucuk Lemuni di kisar dgn 1/2 cwn air
2 ulas Bawang Putih - hiris nipis
3 ulas Bawang Merah- hiris nipis
1 inci Halia- hiris nipis
2 helai Daun Pandan - koyak dan disimpul
1/2 sk halba
(1/2 sk serbuk lada hitam - untuk wanita berpantang atau jika suka)
Garam secukup rasa


Beras tu dibasuh, rendam 20 - 30 minit bersama sesudu kecil garam dan ditoskan. Kemudian satukan semua bahan diatas di dalam periuk atau rice cooker. Kemudian tenggek atas api atau onkan rice cooker. Kacau sesekali supaya daun lemuni dan semua bahan tu sekata. Kecilkan api setelah air hampir kering dan tutup rapat periuk nasi. Biarkan tanak selama 5 minit lagi. Tutup api dan biarkan 5 minit sebelum buka tudung dan kareh rata.


**** Semasa penyediaan nasi lemuni ada yang menapis daun yg telah dikisar halus untuk mendapatkan airnya saja atau dimasukkan semua daun yang telah dikisar tu sekali ketika menyediakan nasi. Mengikut sumber, nasi yang disediakan dengan memasukkan daun menghasikan nasi lemuni yang lebih wangi baunya dan lebih enak bila dimakan.

Seperti nasi lemak lain, nasi lemuni ni juga sesuai dihidangkan dengan sambal tumis, telur dan ulaman timun dan kangkung celur.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...