Wednesday, August 10, 2016

Bubur Pulut Hitam


Minum petang.....bubur pulut hitam. Ada dua cara boleh sediakan bubur ni....samada nak masak terus santan dengan pulut tu bilan dah kembang atau buat cara macam kat bawah ni.

Bubur pulut hitam @ ZLC

1 cawan pulut hitam (direndam semalaman atau tengok juga jenis pulut, ada yang cepat kembang tanpa perlu rendam)
2 cawan santan pekat - (perah kelapa menggunakan air masak)
2 helai daun pandan
Secubit garam
Gula secukup rasa

------
Rebus pulut dan daun pandan hingga pulut  kembang, lembut dan pekat/likat. Masukkan gula dan garam. Tambah air sekiranya pulut belum lembut. Ketepikan.

Untuk santan boleh guna cara masukkan santan setelah pulut kembang dan masak hingga mendidih  atau tuang santan hanya apabila nak makan bubur ni macam cara kat bawah yer.

Utk dinikmati:- Masukkan pulut ke dalam mangkuk dan tuangkan sedikit santan pekat dan makan ler apa lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...