Sunday, November 9, 2014

Rasa dendeng rupa serunding


Air rebusan daging tu saya buat sup sayur...

Ni la menu xpress tengahari ni. Pagi pegi bawak anak2 kelas swimming. Balik tengahari terus cepat2 masak sebab ada tetamu nak datang. Daging kali ni bukan batang pinang tapi daging pejal....rebus guna preasure cooker...aritu masa masak nasi daging set 50 minit...dagingnya jadi lembut sgt....kononnya kali ni set la 40 minit jer....balik dari kelas...nak hiris nipis daging tak boleh....hancur berderai daging tu...

Tu la kena tukar nama kot dendeng ala serunding.......tapi rasa tak terjejas la....lagi senang nak makan...

Bahan2nya

1 kg daging ro0s/steak
20 - 30 biji cili kering kisar halus
20 ulas bawang merah rose
kicap masin dan gula secukup rasa
Air asam jawa yg dibancuh dengan air rebusan daging

rebus daging hingga empuk dan toskan. Hiris nipis. Goreng hingga garing dan ketepikan.
gunkan minyak yang sama, tumis cili dan bawang merah hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa. Kacau sebati.
Masukkan kicap dan gula secukup rasa.
Masukkan daging dan gaul sebati, amgkat dan hidangkan..sedia dimakan.....


Sup sayur

Sawi renek
kobis
petola
air rebusan daging
bawang hiris
bawang putih hiris
halia hiris
lada hitam - tumbuk
garam secukup rasa
minyak untuk.menumis

tumis bawang, bawang putih, halia hingga naik bau.
masukkan air rebusan dan lada hitam. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan sayuran. Masak hingga sayur èmpuk. Jangan terlalu lama. Tutup api dan terus pindahkan sayur ke dalam mangkuk hidangan supaya sayur tak terlalu lembik dan kekal hijau.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...