Tuesday, November 11, 2014

Roti sarang lebah selembut sutera

Resepi ni saya ambil dari Pn Aneka Home Biz. Memang lembut....saya buat style sarang lebah...siram dengan sos karamel yang sedapppppp bangettttt.......kerja2 menguli saya serahkan kepada BM saya....


Selepas keluarkan dari oven saya siram dengan sos karamel......sedap makan time suam2 tu....

Bahan-bahan

2 cawan tepung roti atau tepung gandum (saya guna tepung gandum)
3/4 cawan + 1 1/2 sdb susu suam
1 sdt garam (saya kurangkan 3/4 sdt garam shj) nak kurangkan lagi pun boleh.
1 sdb gula
1 1/2 sdb susu tepung (saya guna susu tepung kambing)
4 sdt butter
2 sdt yis
Bahan sapuan sblm bakar - telur + susu segar
Bahan sapuan slps dibakar - mentega (tak letak)
Saya tabur kekacang....

Cara-cara

1. Masukkan gula dan yis ke dalam susu suam. Biarkan 10 minit. Selepas 10 minit akan berbuih2.
2. Campurkan tepung, garam dan susu tepung. Buat kolam tengah2.
3. Curahkan semua campuran susu ke tengah2 kolam tepung.
4. Boleh terus uli sampai sebati. Doh agak lembik dan melekit2. (Jangan tambah tepung)
5. Masukkan butter, uli lagi sehingga kenyal. Doh yg melekit2 tadi akan berubah menjadi kenyal..
6. Perap 1 jam. Slps 1 jam, tumbuk2 doh, bahagikan 16 biji, susun dlm loyang 8" x 8".


7. Perap lagi 1 jam. Sapukan dengan susu + telur untuk melekatkan kekacang. Boleh la dibakar.
8. Selepas dibakar, keluarkan dari loyang dan siram dengan sos karamel.

Resepi sos karamel saya

1 cawan gula perang
1/4 cawan air
1 cawan susu cair
2 sb mentega

masak gula perang hingga cair dan perang gelap (mcm nak buat kek gula hangus tu)
Perlahankan api dan tuangkan air sedikit2. Hati2 sebab gula akan meletup2.
Kacau hingga gula larut di dalam air. Tambah susu cair. Kacau sebati dan masak hingga agak pekat. Tutup api dan masukkan memtega. Kacau hingga mentega cair.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...