Friday, November 28, 2014

Lunch set....Kari udang galah, keli goreng tepung, bayam tumis air, ulam daun pudina

Dah berapa hari tak ke dapur sendiri....rindu pulak rasanya. Pagi tadi selepas ke pasar pagi dan pasaraya utk re-stock barang dapur, terus memasak sbb hubby lunch kat rumah.

Lengkap dah hidangan arini.....daun pudina tu atuk buat ulam.....


Kari udang galah

1 kg udang galah (bersih dan toskan)
2 sb rempah daging (saya guna rempah ceduk/basah)
2 sb kerisik
*2 biji bawang besar
*6 ulas bawang putih
*2 inci halia
4 tangkai daun kari
santan dari sebiji kelapa
1/4 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
bendi
tomato

kisar atau tumbuk *. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis * hingga keperangan. Masukkan rempah kari dan daun kari. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam. Kacau rata. Masukkan santan dan keisik. Kacau rata. Masukkan bendi. Biarkan bendi masak seketika. Perisakan dengan garam. Masukkan udang. Masak hingga berubah warna dan mendidih. Masukkan tomato. Biar kan 1 minit sebelum tutup api.



Ikan keli goreng tepung

4 ekor keli - basuh bersih, rendam air asam jawa, bersihkan dan tos
Garam
kunyit
serbuk jintan manis
serbuk ketumbar
daun kari jika suka
tepung gandum secukupnya
Minyak untuk menggoreng

satukan ikan dengan semua bahan diatas kecuali tepung. Gaul rata, golekkan ikan di atas tepung. Goreng garing. (Cara ini juga menyelakkan ikan meletup ketika di goreng)


Bayam tumis air

bawang merah - hiris
bawang putih - hiris
Tahu goreng, fish ball, fish cake - ikut citarasa
bayam merah
garam secukup rasa
air secukupnya
minyak untuk menumis

Panaskan minyak. Tumis bawang2 hingga naik bau. Masukkan tauhu goreng dan lain2. Gorengkan seketika. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan garam. Akhir sekali bayam dan masak hingga layu. Tutup api dan terus pindahkan ke dalam mangkuk supaya bayam tak lembik.


Daun pudina ni saya petik smlm kat depan rumah. Ingatkan dah nak pupus tapi alhamdulillah....masih ada rezeki lagi...musim hujan ni subur balik pokok2 yang dah nazak aritu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...