Saturday, November 1, 2014

Spaghetti goreng tuna

Bila idea nak masak makin menyusut....bahan mentah pun kurang...ini lah hasilnya....ringkas tapi sedap....

Fried spaghetti with tuna

250 gm spaghetti (angle hair)
Air secukupnya
Garam
-----------------

Panaskan air dan letak garam. Biarkan mendidih. Masukkan spaghetti dan rebus hingga lembut. Toskan dan basuh sedikit untuk membuang kanjinya.

**********
2 tin tuna dalam air toskan dan keringkan airnya
1 biji bawang holand dicincang
5 ulas bawang putih dicincang
8 biji cili padi dihiris 
2 biji limau kasturi - perah jusnya
2 sb mentega
4 sb minyak zaitun
Garam secukup rasa

-----------------
Cairkan mentega. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili api hingga naik bau dan sedikit perang.

Masukkan tuna dan goreng hingga sebati. Perahkan limau....kacau rata. Masukkan spaghetti, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan gaul rata. Tutup api dan tuangkan minyak zaitun. Kacau rata dan hidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...