ASAM REBUS BATANG KELADI
2 ikat batang keladi dan buahnya
2 keping asam gelugur
3 tangkai daun kesum
3 sudu besar cili kisar
garam dan sedikit gula
Air secukupnya
Bahan tumbuk
1/2 cwn ikan bilis, cuci dan toskan
1 biji bawang besar
sedikit belacan
3 tangkai cili merah
1/2 inci kunyit hidup
Batang keladi dan buahnya di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Rebus hingga empuk. Toskan airnya.
Sediakan periuk. Masukkan air asam jawa, cili kisar, bahan tumbuk, batang keladi dan buahnya yg di rebus tadi, air secukupnya, bergantung nak masak pekat atau cair. Masak hingga mendidih.
Masukkan daun kesum, garam dan gula.
Perasakan, sekiranya dah cukup rasa bolehlah matikan api dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment