Friday, November 21, 2014

Our lunch today...asam pedas ikan dan telur mayong, sup ketam dan rebus pucuk ubi + sambal belacan ala thai

Asam pedas ikan dan telur mayong



Sup ketam


Rebus pucuk ubi dan sambal belacan ala thai


@@@@@@@@@

Asam pedas ikan dan telur mayong

5 keping ikan mayong + telur ikan
*20 biji cili kering direbus hingga lembut
*2 biji bawang besar
*1 ketul ibu kunyit (kalau takde pakai kunyit serbuk jer)
*2 inci halia
*6 ulas bawang putih
Bunga kantan belah 4
daun kesum (lurut daunnya)
Minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan air asam jawa pekat
Bendi
3 biji tomato belah 2
air secukupnya

-----------
Kisar * hingga lumat. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis * hingga pecah minyak. Masukkan air asam dan kacau sebati. Masukkan air secukupnya. Masukkan ikan, kantan, daun kesum dan bendi. Biarkan mendidih. 

Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan telur ikan dan tutup periuk dan biarkan masak dalam 5 minit. (Telur ikan jangan dimasak terlalu lama nanti keras - tapi ikut citarasa juga ada yg suka keras).

Masukkan tomato dan masak 1 minit lagi. Tutup api dan hidangkan.


Sup ketam

6 ekor ketam cuci bersih dan belah dua (kakinya di ketuk dengan lesung supaya senang nak makan)
1 biji bawang besar dihiris
2 inci halia dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
daun sup dan daun bawang dihiris
Air secukupnya
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa
cendawan jika suka (kalau ada cendawan busut lagi sedap)

Masukkan ketam, air, asam keping, bawang besar, bawang putih dan halia ke dalam periuk.
Rebus hingga warna ketam berubah merah dan air mendidih. Perisakan dengan garam. Masukkan cendawan. Biarkan dalam 2 minit. Masukkan daun sup dan bawang. Tutup api dan hidangkan.



Rebus pucuk ubi dan sambal belacan ala thai

Sambal ni lebih semalam.....buat lebih, kakak singgah rumah bekalkan sikit kat dia...

pucuk ubi tu bila rebus jangan lupa tambah gula dan garam. Gula tu fungsi dia untuk mengempukkan pucuk ubi dan kasi rasa dia lebih sedap.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...