Wednesday, November 5, 2014

KEK COKLAT MILO KUKUS

Bila keinginan mengatasi kepenatan.....terapi untuk menghilangkan stress...inilah hasilnya....



Balik keja tadi rasa teringin sangat nak makan kek kukus. Memula ingat nak buat kek lumut lapis cheese tapi byk la pulak prosesnya... dok scroll draft list kat blog tu nampak pulak kek coklat milo yg mudah ni.....sekejap sangat nak bancuh....kukus dan makan.....toppingnya tu saya cairkan coklat bar guna microwave jer...campur susu cair...tak sukat2 pun main tuang jer...

Kek ni kejadiaan dia memang halus dan lembut...cuba la buat....senang...main sukat2 pakai cawan jer...rasa pun manis sedang2 jer....



Fb resepi kek kukus

Bahan :
2 cawan tepung gandum + 1 sk baking powder
1 cawan gula
1 cawan susu pekat manis
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko
4 biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas 

Cara-cara membuatnya :

1. Didihkan periuk pengukus terlebih dahulu. 
2. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk besar. Kacau dengan sudip besar.
3. Kacau tangan je...jangan guna mixer nanti telebih naik tak jadi
4. Kacau semua bahan-bahan sebati dalam 5 minit jer
5. Lepas tu boleh ditapis adunan yag dah siap agar hasil nanti lebih halus dan cantek (yg ni saya tak buat)
6.Masukkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak dan ditabur tepung. Kukus selama 40 minit - 60 minit atau hingga masak.

NOTA :  bakar dalam 45 - 48 minit. panaskan oven api bawah dan atas dan bila masa pembakaran guna api bawah sahaja suhu 150C atau ikut suhu oven masing -masing dan guna kaedah waterbath.. masukkan loyang kek ke dalam loyang lain berisi air panas.

Saya guna kukus elektrik yg comel...jadi saya terpaksa menggunakan loyang yang comel juga.....3 pusingan baru selesai mengukus...

Nak menutup ketidak sempurnaan.....permukaannya tak rata sebab saya malas nak balut penutup kukus.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...