Monday, November 3, 2014

Jeruk kedondong asam boi pulak malam nih

Minggu lepas dah cuba jeruk mangga asam boi, kali ni cuba guna kedondong pulak...

Kalau ikutkan cita rasa saya, jeruk mangga tu lebih sedap sebab rasa masam bila bercampur gula, garam, cili dan asam boi tu memang ngam sangat rasanya.....

Hujung minggu nanti mesti nak cari mangga muda lagi la....tak puas makan haritu...

Bahan2nya

kedondong (kupas, basuh, tos dan potong)
Garam
gula
asam boi
cili padi dipotong kecil

satukan semua bahan, gaul rata dan perap selama 4 jam sebelum di nikmati....simpan dalam peti sejuk untuk lebih nikmat dan tahan lama...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...