Wednesday, November 19, 2014

Bubur sumsum

Petang ni buat bubur sumsum sbb ada lebihan air gula yg makan dengan kuih lopis semalam.
Resepi ni saya ambil dari Aizahmawaddah sbb tertarik dengan kuah gula merah ala jordan tu...lagi satu selalunya bila buat bubur ni saya tak letak tepung jagung, guna tepung beras semata2.
Bubur sumsum ni memang lembut jer....sedap, lemak.....kalau daun pandan banyak lagi best....wangi jer bubur ni nanti...

Saya buat satu warna jer...takde lapis2 warna hijau putih....malas la nak melapis....

Bubur sumsum @ ZLC

Bahan2:
1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
4 1/2 cawan santan (lagi pekat santan lagi lemak buburnya - nak lagi sedap kisar kelapa parut dengan beberapa helai daun pandan untuk mendapatkan aroma dan warna semulajadi)
1 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau (optional)

Cara2:

Campurkan semua bahan2 tadi kecuali pewarna dalam periuk. Masakkan dengan api sederhana.
Kacau berterusan untuk mengelakkan adunan jadi berketul2 di dasar periuk. Apabila mendidih teruskan mengacau dalam 15 minit untuk memastikan tepung benar2 masak dan menghasilkan  tekstur yang lembut dan boleh dipotong dengan cantik.
Bila adunan tepung nampak berkilat dan meletup2 tutup api. Mama ambil 1/3 adunan untuk dicampur dengan warna hijau. Kacau cepat2 dan tuangkan dalam bekas. Biarkan 2-3 minit..sambil tu kacau baki adunan agar tidak memekat.

Tuangkan baki adunan pada lapisan hijau tadi dan biarkan sejuk.
Dah sejuk, boleh potong atau keluarkan dari bekas2 kecil, masukkan dalam mangkuk. Tuangkan sedikit kuah gula merah dan sedia untuk dinikmati.

Cara buat kuah gula merah ala Jordan:

1 cawan gula dimasak dan dijadikan gula hangus. Bila sudah keperangan masukkan 1 cawan air dan 1/2 cawan dibs (madu kurma). 

Kacau sehingga larut. Setelah mendidih tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Jika dirasakan terlalu manis boleh tambah air ikut kesesuaian.


Saya buat dalam acuan kecil ni....anak2 nak makan direct dalam ni....ikutkan ajer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...