Saturday, November 1, 2014

Nasi goreng sempoi jer pagi ni


Kekadang mood malas melanda pepagi buta ni.....nak masak apa pun tak tau dah.....bukak periuk nasi nasi dah habis sejuk dah habis.....teringat pulak nak jengok freezer.....

nampak la dua bungkus nasi sejuk beku (kekadang nasi saya bekukan sebab chiller dah penuh...huhuhu) dalam plastik....bersimpul kemas.... amik nasi tu terus la defrost guna microvawe...... sambil tu sediakan la bahan2 lain seadanya....

Sesekali menu simple macam ni pun sedap juga....tambahan bila ada kopi O pekat yang berasap2 tu.....makan pulak kat gazebo depan rumah dalam keadaan cuaca yang sejuk dengan hujan renyai2....pergh....semangkuk tak cukup.....hahaha...

bahan2nya

Nasi sejuk
1 batang lobak merah potong kecil
1 biji bawang besar tumbuk kasar
5 ulas bawang putih tumbuk kasar
ikan bilis tumbuk kasar
2 biji telur goreng hancur
2 biji cili besar merah (boleh campur dengan cili padi masak jika ingin lebih pedas)
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya

Panaskan minyak. Tumis bawang, bawang putih dan ikan bilis hingga garing. Masukkan cili. Tumis hingga naik bau. Masukkan lobak dan nasi. Gaul rata dan goreng hingga sebati dan lobak lembut dan nasi agak garing sedikit. Masukkan telur hancur dan gaul rata.....sedia di makan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...