Saturday, November 1, 2014

Kuih koci keledek

Aktiviti malam ni....menghabiskan keledek kukus yg dibekukan dan daun pisang tanjung malim yg dah dilayukan....  Plan asal nak buat kuih koci labu tapi labunya dah rosak sebab terlupa nak simpan selepas direbus.

Koci keledek ni pun sedap juga....belum sempat sejuk betul kitorg dah makan...

***********************************************

Bahan utk doh:

3 cawan tepung pulut

4 cawan keledek lecek (keledek dikupas dan dipotong sederhana, kukus smpai empuk, lecek)

Garam


Air secukupnya (jika perlu)

1. Satukan keledek,masukkan ke dalam bekas berisi tepung dan garam, uli sehingga adunan menjadi doh (tambah air jika perlu).

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Bahan utk inti:

Sebiji kelapa muda, diparut
Gula melaka (saya guna gula apong)
Gula pasir
Sedikit tepung gandum
Sedikit garam
Daun pandan
Air secukupnya

1. Di dalam kuali, masak gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan dgn sedikit air. Bila gula dah larut sepenuhnya, tapis keluar segala bendasing.

2. Masukkan kelapa parut dan kacau sehingga gula menyaluti keseluruhan kelapa. Sentiasa kacau sampai inti agak kering.

3. Bila inti hampir kering, tabur tepung gandum n teruskan mengacau. Tutup api apabila inti sudah masak..(tujuan tepung gandum digunakan spy inti likat n mudah utk digentel bulat2)

4. Sejukkan inti n bolehlah digentel bulat2.
**sediakan inti terlebih dahulu sebelum mengadun tepung doh utk koci.

*-*-*-*-*-*

Bahan utk dadih santan

1 1/2 cawan santan cair
1 sb tepung gandum
Garam secukup rasa (utk tmbahkan lemak)
Daun pandan

1. Bancuh kesemua bhn, tapis ke dalam periuk.
2. Didihkan bahan2 di atas menggunakan api kecil, sentiasa dikacau dan pastikan adunan tidak berketul.
3. Apabila dadih hampir likat, tutup api. Pastikan dadih tidak terlampau likat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Daun pisang yang dilayukan dan minyak masak secukupnya


***************************************

Cara2 menyediakan kuih koci

Versi Kukus:

1. Ambil sedikit doh dan leperkan.

2. Letak inti yg telah digentel bulat dan tutup inti dgn doh.

3. Gunting/potong ikut saiz yg sesuai. Oles daun pisang dengan sedikit minyak.


4. Bulatkan dan letakkan di atas daun pisang. 

5. Letak dadih santan.

6. Bungkus doh tersebut di dalam daun pisang dan atur di dalam loyang kukus.

7. Kukus koci selama 20-30 minit di dalam periuk kukusan. Angkat dan sejukkan. 


Sedia dihidang dan dimakan........


Versi 2 (Rebus):

Jerang air di dalam periuk,biarkan mendidih. Ambil sedikit doh, leperkan dan letak inti, kemudian tutup inti dgn doh. Rebus doh tersebut dlm air mendidih n biarkan sampai doh timbul (mcm buat kuih melaka).

Angkat dan toskan doh yg telah masak dan masukkan ke dalam dadih santan. Golek2kan kuih supaya dadih menyalut kuih sepenuhnya dan bungkus seperti biasa menggunakan daun pisang..boleh terus dinikmati..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...