Tuesday, November 11, 2014

Nasi impit kuah kacang....simple breakfast for the family


Menu ringkas yang saya sediakan mlm sebelumnya....nasi impit segera direbus guna preasure cooker dalam masa 25 minit dan siap. Saya hidangkan bersama daging dendeng yang di masak sebelum ni dan kuah kacang simple....

Kuah kacang pulak saya guna kacang yg dah takde kulit...beli dari bakeri....kononnya untuk buat biskut. Nak mudah saya bakar guna oven 40 minit suhu 100 celcius....kalau belum cukup masak boleh tambah masa...sesekali kacau2kan supaya masak rata.....pastikan kacang betul2 garing kalau tidak kuah tak sedap. Kacang tu pulak sepatutnya tumbuk dengan lesung supaya tak terlalu hancur tapi saya nak cepat jadi guna blander kering tu jer.

Buat kuah kacang ni ada macam2 cara....ada yang letak santan....ada yang tumis dulu cili, bawang dll tu....ada yang goreng cili kering, bawang, bawang putih, udang kering sebelum di kisar (kat kg dulu2 selalu masak cara ni).....ada yang letak daging atau ayam sebagai perencah.....jadi yg saya share ni cuma salah satu cara yang hasilnya pada saya masih sedap dimakan.....

Bahan2 untuk kuah kacang simple2 jer

1/2 kg kacang tanah digoreng/bakar garing
4 sb cili kering kisar
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 inci halia diketuk/leperkan
1 genggam udang kering
2 batang serai diketuk
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya
1 keping asam gelugur

Kisar udang kering, bawang besar dan bawang putih. Satukan semua bahan. Masak hingga kuah pekat dan naik minyaknya (minyak dari kacang akan terbit bila dimasak dalam tempoh yg mencukupi). Kacau selalu bagi mengelakkan kuah hangit. Sedia dihidangkan.

Untuk resepi daging dendeng yang super sedap ni klik di sini yer....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...