Sunday, April 20, 2014

Udang sambal kaduk


Tengahari ni nak masak udang sambal kaduk. Lama dah tak mskan daun kaduk ni. Masa baru2 beli pokok kaduk rajin pulak ambil daunnya sampai tak sempat nak banyak. Sekarang ni pun daunnya tak sempat banyak jugak sbb asyik kena makan dek siput ke kumbang....

Cerita pasal kaduk ni sebenarnya khasiat dia banyak....orang sekarang mungkin dah lupa atau tak pernah tahu pun...kenal pun tidak kut...saya share skit info pasal kaduk yang saya ambil dari blog herbadantumbuhan kat link ni.

7 Khasiat Daun Kaduk:

Selain pucuknya yang sering dibuat ulam dan daunnya sebagai penyedap masakan lemak, khasiat lain yang boleh dimanafaatkan terhadapnya adalah merawat;

- sembelit
-sakitgigi
- demam malaria
- lemah dan sakit dalam tulang
Selain daripada 4 penyakit di atas, masalah cacing dalam perut, batuk dan panau turut boleh dirawat. 

Hanya caranya berbeza.

1. Melawaskan kencing - Rebus daun kaduk bersama akarnya dan diminum.
2. Merawat demam Malaria- rebus daun kaduk dan diminum air rebusannya.
3. Melegakan selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal tulang, sembelit- minum air rebusan daun kaduk dan akarnya.
Langkah-langkah merawat ketiga-tiga diatas:
        i.            Ambil satu dahan pokok kaduk termasuk akarnya.
      ii.            Bersihkan keseluruhan pokok tersebut.
    iii.            Rebus kesemua sehingga mendidih.
    iv.            Biarkan air rebusan tadi menjadi suam.
      v.            Air rebusan diminum perlahan-lahan.
4. Cacing Dalam Perut-Mandi dengan air ramasan daun kaduk.
        i.            Ambil beberapa helai daun kaduk segar.
      ii.            Ramas-ramaskan daun tersebut.
    iii.            Kemudian, campurkan kesemua daun ramasan kedalam sebaldi air.
Akhirsekali, siramkan air tersebut keseluruh badan.
5. Melegakan batuk-Sapu bahagian leher dengan daun yang dikisar halus bersama sedikit air.
        i.            Ambil beberapa helai daun kaduk dan bersihkannya.
      ii.            Kisar daun hingga halus dengan mencampur sedikit air.
    iii.            Akhir sekali, sapukan pada bahagian leher.

6. Panau- Sapu bahagian yang ditumbuhi panau dengan daun kaduk yang ditumbuk lumat.
        i.            Ambil beberapa helai daun kaduk.
      ii.            Tumbuk sampai lumat.
    iii.            Kemudian, sapukan pada kawasan tubuh badan yang berpanau.
7. Sebagai bahan dalam masakan, ulam, kerabu, urap, masak gulai ikan darat dan sebagainya.

Oleh: EDITORIAL RASA
Tarikh: 20 Februari 2013
Waktu memasak :    25 minit
Saiz hidangan untuk :  2 orang  

BAHAN-BAHAN:  
150gm udang
10 helai daun kaduk | dihiris
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya  
BAHAN-BAHAN (DITUMBUK):  
3 biji bawang merah
2.5cm belacan
10 biji cili padi
2 biji cili merah  
CARA MEMASAK:  
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk. Kacau rata sehingga pecah minyak.
2. Selepas itu masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan udang dan daun kaduk. Gaul rata sehingga masak.
4. Angkat dan sedia dihidangkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...