Sunday, April 20, 2014

Tauhu telur goreng

Minum petang...

TAUHU TELUR GORENG sumber fb kek kukus
Bahan-bahan Dikisar :

4 keping tauhu
2 peket tauhu telur/jepun
2 sudu besar bawang goreng
2 biji telur
Isi ayam/udang
Bahan hiris (halus/cincang):
Daun sup
Daun bawang
Cili merah

Bahan perasa:
3/4 peket kecil secukup rasa maggi
1 sudu lada sulah

Bahan pencelup:
(saya celup tepung macam goreng pisang tu jer)

2 biji telur
Serbuk roti (kalau perlu)

Cara-cara membuat:
1. Panaskan pengukus
2. Campurkan semua bahan yang dikisar dan dihiris kemudian gaul rata bersama bahan perasa.
3. Tuang dalam loyang dan kukus lebih kurang 15 ke 20 minit.

4. Biarkan sejuk dulu, kemudian baru potong.
5. Potong bentuk kiub kemudian celup dalam telur sebelum goreng. Kalau nak golek dalam serbuk roti pun boleh sebelum goreng.

6. Goreng tak lama, bila dah kekuningan dan kembung boleh angkat dan toskan.

- Cicah sos atau apa juga sos kegemaran masing-masing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...